fbpx

NASA kesan letusan solar berpotensi ganggu isyarat radio di Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen 2 - IMEJ menunjukkan letusan suar suria dilihat seperti kilat terang di sebelah kanan matahari. – NASA/SDO

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilaporkan mengesan satu letusan solar pada jarak lebih 100 juta kilometer dari Bumi, lapor laman berita Metro UK kelmarin. 

Letusan tersebut dirakam oleh Balai Cerap Dinamik Suria (SDO) pada 20 Januari lalu.

Imej letusan solar itu adalah seperti kilat terang yang muncul di sebelah kanan Matahari. Fenomena dirakam ketika kerja-kerja pemerhatian biasa dilakukan. 

Letusan solar atau suar suria boleh memberi kesan terhadap komunikasi radio, grid elektrik dan isyarat navigasi di Bumi serta berpotensi membahayakan kapal angkasa dan angkasawan.

Letusan itu diklasifikasikan sebagai suar kelas M5.5 dengan kekuatan sederhana berdasarkan skala cuaca angkasa oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Pada asasnya, letusan solar adalah pelepasan sinaran elektromagnet secara besar-besaran yang bergerak pada kelajuan cahaya. Ia cukup kuat untuk mempengaruhi gelombang radio, elektronik dan teknologi di Bumi.

Suar suria juga berpotensi memadamkan komunikasi radio berfrekuensi tinggi selama beberapa puluh minit pada bahagian Bumi yang diterangi cahaya matahari. 

Komunikasi radio berfrekuensi tinggi yang berisiko terjejas adalah jalur daripada 3 megahertz hingga 30 megahertz. 

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan sistem pengesanan global (GPS) pada telefon pintar atau kebanyakan teknologi navigasi moden lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI