fbpx

Maloney mahu tiga aksi persahabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (kiri) hanya mengekalkan seramai sembilan pemain daripada skuad B-23 yang dibawa ketika Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu.

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney bercadang untuk me­lakukan tiga perlawanan persahabatan bagi menguji pasukan sebelum bersaing ke Kejohanan Piala AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja bulan depan.

Sebagai rekod, Maloney telah memanggil 30 pemain untuk menjalani latihan pusat bermula esok sebagai persiapan bagi mengharungi saingan peringkat Asia Tenggara itu yang akan bermula pada 14 hingga 26 Februari nanti.

Kata Maloney, tiga aksi persahabatan yang dirangka cukup penting bagi memastikan pasukan bersedia sepenuhnya untuk bersaing di peringkat antarabangsa selepas agak lama berehat daripada saingan kompetitif.

“Kita akan lakukan tiga perlawanan persahabatan dengan satu aksi lagi berkemungkinan menentang Sabah dan dua lagi adalah pasukan luar negara ia­itu Brunei dan Singapura tetapi masih belum dapat disahkan.

“Jika gagal bertemu pasukan Brunei atau Singapura, mungkin kita akan fokus dengan aksi persahabatan seterusnya melibatkan kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M),” kata pengendali import dari Australia itu semalam.

Bagi kem latihan pusat kali ini, Maloney hanya mengekalkan seramai sembilan pemain daripada skuad B-23 yang dibawa ketika Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu.

Pada saingan tersebut, skuad muda Harimau Malaya telah menduduki tangga teratas dan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun nanti.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari depan bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B menentang Myanmar, Laos dan juara bertahan, Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI