fbpx

Jaket rekaan Jimin bikin kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMIN BTS

BARU-baru ini syarikat BTS, HYBE Corporation mengeluarkan koleksi istimewa rekaan setiap anggota kumpulan itu untuk peminat.

Seorang anggota BTS, Park Jimin mengeluarkan item rekaan sulungnya iatu jaket berwarna ungu dan sepasang anting-anting.

Kedua-dua item tersebut dipasarkan dalam talian sejak 18 Januari lalu, namun ramai terkejut apabila semua koleksi berkenaan habis terjual dalam masa 0.1 saat.

Malah, sistem laman web Weverse yang menjual barangan BTS tidak dapat diakses kerana jumlah trafik pengguna terlalu ramai.

Susulan itu, peminat mula panik dan tidak menyangka item rekaan Jimin laku keras mengatasi ahli BTS lain sehingga laman web Weverse langsung tidak boleh diakses pengguna di Korea Selatan dan Jepun.

Nama Jimin juga menjadi trending dalam media sosial gara-gara kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI