fbpx

[KEMASKINI] Pemandu e-hailing cedera ditikam, samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) yang berusia 23 tahun berjaya diberkas polis di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing cedera akibat ditikam dengan pisau oleh seorang penumpang lelaki yang bertindak melakukan samun terhadapnya di tepi Jalan Sentul Pasar, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada pukul 2.08 petang pada hari yang sama daripada pemandu berkenaan yang mendakwa keretanya telah dilarikan suspek.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang berumur 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar, namun lelaki itu meminta nombor akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara online.

“Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek bertindak menikam leher mangsa menggunakan objek tajam (pisau) pada bahagian leher,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta mangsa jenis Proton Saga warna kelabu dan beberapa barangan peribadi miliknya yang tertinggal di dalam kereta tersebut.

Berita berkaitan: Lelaki ditahan tikam pemandu e-hailing

“Mangsa kemudiannya dibantu orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun kira-kira pukul 12 tengah hari di Kota Damansara, hari ini yang disyaki terlibat dalam kes samun tersebut.

“Kita turut merampas kereta yang telah dilarikan suspek dan beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang, kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI