fbpx

NGO kritik mahkamah Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah di Medan yang menjadi lokasi enam pelajar perempuan diganggu secara seksual oleh pengetuanya, Benyamin Sitepu. - Gelora News

JAKARTA – Badan Kehakiman Indonesia berdepan kritikan hebat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  selepas  menjatuhkan hukuman penjara hanya 10 tahun terhadap seorang pesalah jenayah serangan seksual,  lapor stesen penyiaran Al Jazeera kelmarin.

Tertuduh, Benyamin Sitepu yang merupakan paderi dan pengetua Sekolah Galilea Hosana, Medan didakwa melakukan serangan seksual ke atas enam pelajar perempuan di bawah seliaannya yang ketika kejadian, berumur 13 tahun..

Serangan itu didakwa berlaku pada tahun lalu.

Mahkamah bersetuju untuk tidak mengenakan hukuman maksimum kerana tertuduh telah memohon maaf atas perbuatannya dan menandatangani perjanjian penyelesaian dengan dua keluarga yang terlibat.

Keluarga mangsa lain sangat kecewa dengan hukuman tersebut yang dianggap ringan dan tidak sepadan dengan jenayah yang dilakukan ke atas anak-anak mereka.

“Jika orang melakukan jenayah ini tertakluk di bawah panji gereja, maka gereja perlu memohon maaf,” kata seorang peguam hak asasi manusia yang mewakili sebahagian daripada keluarga mangsa.

Beliau percaya bahawa mahkamah di Indonesia tidak bersedia untuk mengutuk pemimpin agama atau menjatuhkan hukuman penjara yang lama kerana mengikut kebiasaannya, orang yang mempunyai kedudukan dalam agama adalah dihormati.

Kes  serangan seksual itu terbongkar selepas enam pelajar perempuan tampil selepas salah seorang daripada mereka memaklumkan kepada datuk dan neneknya bahawa dia menjadi mangsa paderi itu pada Mac tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI