fbpx

Rocky bantu jejak pemandu hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROTON Saga milik pemandu e-hailing yang ditinggalkan di perkampungan Orang Asli Sungai Kapur, Ulu Geruntum dekat Gopeng semalam.

GOPENG – Penemuan sebuah kereta berhampiran perkampungan Orang Asli Sungai Kapur, Ulu Geruntum di sini, menimbulkan tanda tanya apabila kenderaan tersebut ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Beberapa barangan peribadi termasuk kad pengenalan, pasport antarabangsa dan telefon bimbit disyaki milik pemilik kereta turut dijumpai dalam kenderaan tersebut.

Bagaimana pun, misteri kereta tersebut terungkai apabila seekor anjing baka German Shepherd bernama Rocky dari Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak berjaya menemukan pemilik kenderaan itu.

Lelaki berusia 32 tahun itu dijumpai pada pukul 2.30 petang dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit berhampiran kawasan perkuburan Orang Asli, semalam.

ROCKY (tengah) anjing baka German Shepherd yang berjaya menemukan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang di perkampungan Orang Asli Sungai Kapur, Ulu Geruntum dekat Gopeng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa yang juga pemandu e-hailing itu dijumpai pada jarak 700 meter dari lokasi kereta Proton Saga miliknya yang ditinggalkan.

“Kita menerima maklumat kejadian itu Ahad lalu pada pukul 10.20 malam daripada tok batin yang curiga apabila melihat kereta tersebut ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak petang.

“Semakan ke atas kereta itu mendapati ia milik seorang lelaki beralamat di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan pemeriksaan pada nombor chasis didapati tiada apa-apa kesalahan mahupun mangsa juga tidak memiliki rekod jenayah lampau,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI