fbpx

Rokok seludup, minuman keras RM133,000 dirampas polis marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelbagai jenama rokok seludup dan minuman keras yang disyaki tidak bercukai dirampas dalam satu serbuan di Bukit Mertajam, semalam.

SEBERANG PERAI – Pasukan Polis Marin Batu Uban, Pulau Pinang menerusi Unit Risikan Marin merampas pelbagai jenama rokok seludup dan minuman keras tidak bercukai dalam satu serbuan yang dilakukan di Bukit Mertajam, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pihaknya menjumpai kira-kira 11 peti rokok dan 17 peti minuman keras yang disyaki tidak bercukai.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 590 karton atau 216,800 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM123,490 berjaya dirampas dalam operasi kali ini.

“Turut dirampas ialah pelbagai jenama minuman keras sebanyak 143.4 liter bernilai RM9,970 sekaligus menjadikan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM133,460,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Shamsol, seorang lelaki warga Bangladesh turut ditahan dalam serbuan itu bagi membantu siasatan.

Ketika ini katanya, suspek dan kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Tengah di sini untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI