fbpx

Melaka tubuh ‘task force’ tembak babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Bakar menunjukkan pagar yang rosak disondol babi hutan kepada pegawai Perhilitan di Kampung Kelongkong di sini, semalam.

MELAKA – Kerajaan negeri menubuhkan jawatan kuasa khas bertindak (task force) bagi memusnahkan babi hutan yang menyerang beberapa kawasan perkampungan negeri ini sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pasukan itu ditubuhkan dengan penglibatan bersama pegawai daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kita telah mengambil tindakan melalui Perhilitan dengan mewujudkan satu task force bagi menyelesaikan isu babi hutan yang menyerang kawasan penduduk kampung.

“Pasukan ini akan melakukan operasi memusnahkan haiwan tersebut termasuklah dengan cara menembaknya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup One- Off kepada 1,176 nelayan berdaftar di Batu Berendam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai jangkitan demam babi Afrika (ASF) di ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah, beliau memberitahu wabak tersebut telah berjaya dikawal sepenuhnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI