fbpx

Hanya 20 peratus pekerja sendiri carum Perkeso di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd. Rusli Abdullah Mohd. Rusli menyerahkan cek khairat kematian kepada keluarga Allahyarham Nurul Syahirah dan Allahyarham Muhammad Safuan di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Hanya 20 peratus daripada 43,000 individu yang bekerja sendiri di Kelantan didapati mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, meskipun SKSPS diperkenalkan sejak lima tahun lalu, tahap kesedaran orang ramai di negeri ini untuk mencarum dalam skim tersebut masih rendah rendah.

“Selain nelayan, golongan individu bekerja sendiri yang mencarum kepada Perkeso menerusi SKSPS adalah melibatkan pemandu e-hailing seperti Grabfood dan Foodpanda.

“Justeru, kita berharap individu yang bekerja sendiri agar dapat mencarum segera kerana waris akan menerima faedah caruman jika berlaku musibah atau kematian sama ada ibu bapa atau ahli keluarga yang berumur bawah 21 tahun,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI