fbpx

38 tokan, 115 penagih serah diri dalam Op Tapis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkiflee (tiga dari kanan) meninjukkan dadah yang dirampas dalam Op Tapis Melaka, kelmarin.

MELAKA – Seramai 157 individu termasuk 38 tokan dadah hanya mampu menyerah diri selepas dikepung polis dalam beberapa siri serbuan Op Tapis di sekitar negeri ini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, kesemua individu yang berjaya diberkas berusia antara 19 hingga 54 tahun.

Katanya, hasil risikan, pasukan JSJN telah melakukan serbuan beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan selama tiga hari bermula 21 Januari lalu.

“Hasil serbuan, kita berjaya memberkas 157 individu, iaitu 153 lelaki dan empat perempuan termasuk seorang ibu tunggal dua anak berusia 41 tahun.

“Daripada jumlah itu, 38 merupakan tokan dadah, manakala baki 115 adalah penagih tegar di ‘port’ tersebut,” katanya pada sidang ahkbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 1.4 kilogram dan air ketum dengan nilai anggaran keseluruhan RM60,600.

“Hasil pemeriksaan, kita merampas dadah jenis heroin sebanyak 1,168.3 gram, syabu (188.64 gram), ganja (129.45 gram), ketamin 4 gram dan air ketum 4.5 liter.

“Selain itu, wang tunai berjumlah RM10,000, tujuh buah kereta, 13 buah motosikal yang bernilai keseluruhan RM269,500 turut dirampas,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI