fbpx

Dua lelaki Filipina miliki Mykad palsu dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (dua kiri) dan Mizwan (dua kanan) dihukum penjara enam bulan selepas didapati bersalah memiliki Mykad palsu di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, hari ini. Foto MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

LUMUT- Dua lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, hari ini.

Tertuduh, Sulaiman Janalun, 36, dan Mizwan Zakaria, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu bakar.

Sulaiman didakwa memiliki Mykad palsu atas nama Mohamad Ridwan Duraman, manakala Mizwan pula atas nama Al Adzmi Seid.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah klinik swasta, Mediclinic Sinaran di Taman Sentosa, Sitiawan kira-kira pukul 12.30 tengah hari,  21 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah peraturan-peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) , Zulkifli Idris manakala kedua-kedua tertuduh tidak diwakili peguam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI