fbpx

Dua beranak diuji penyakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Quzaimah menunjukkan kakinya yang berbalut selepas dipotong akibat penyakit kencing manis kronik ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lepah, Pasir Puteh baru-baru ini.

PASIR PUTEH – Pendapatan yang tidak menentu ketika ini menyebabkan seorang buruh kasar buntu memikirkan kos rawatan isteri dan anak bongsunya yang menghidap penyakit kronik.

Disebabkan itu, Muhammad Hafiz Sabri, 40, sudah habis ikhtiar untuk menanggung isterinya, Siti Quzaimah Md. Saud, 36, yang menghidap kencing manis kronik sehingga tapak kakinya terpaksa dipotong.

Anak pasangan itu, Muhamad Aqil Naufal, 4, pula menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir.

Menurut Siti Quzaimah, dia tidak lagi bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk membantu meringankan beban suaminya selepas tapak kakinya dipotong lebih setahun lalu setelah 16 tahun menderita penyakit kencing manis.

“Sebelum ini saya memperoleh pendapatan sebanyak RM15 sehari, namun kini terpaksa bergantung harap de­ngan pendapatan suami yang tidak menentu ketika ini.

“Saya tidak kisah tapak kaki yang semakin membusuk selepas dipotong kerana yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kesihatan Muhamad Aqil. Anak saya perlu menjalani pembedahan jantung berlubang pada 11 April ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wanita itu memberitahu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian me­ngenakan caj minimum di bawah RM10,000 untuk pembedahan jantung berlubang, namun jumlah tersebut masih di luar kemampuan mereka.

Siti Quzaimah yang kini tidak boleh bergerak seperti biasa menjelaskan, pembedahan me­rupakan salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan Muhamad Aqil.

Paling merunsingkan, imbasan yang dilakukan oleh pakar HUSM mendapati bahagian jantung Muhamad Aqil yang berlubang semakin membesar selain mempunyai selaput.

“Sepatutnya anak saya menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 2019, namun hasrat itu tertangguh ekoran masalah kewangan dan penularan virus Covid-19,” katanya.

Menurut wanita itu, mereka sekeluarga sudah kehabisan wang simpanan, malah tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah untuk tiga anaknya pada tahun ini.

Selain pendapatan sebagai buruh kasar, empat anak pasangan tersebut turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM630. Wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga tersebut.

“Mujur kami tidak perlu membayar sewa rumah kerana saudara-mara membenarkan kami sekeluarga tinggal di sini,” kata­nya.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan sumbangan boleh meng­hubungi talian 011-2946 0821 atau menyumbang menerusi akaun Bank CIMB 7618949620 atas nama Siti Quzaimah Md. Saud.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI