fbpx

Inter bersedia lepaskan Eriksen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN dilaporkan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan formasi digunakan oleh Conte menyebabkan aksinya tenggelam. – AFP

MILAN – Bekas pemain Tottenham Hotspur, Christian Eriksen dilaporkan mungkin terpaksa meninggalkan pasukannya, Inter Milan hanya selepas lapan bulan berada di San Siro.

Pemain antarabangsa Denmark itu gagal mempamerkan aksi terbaik sejak meninggalkan kelab yang berpangkalan di London itu pada musim sejuk lalu.

Jurulatih Inter, Antonio Conte sudah beberapa kali cuba meletakkan Eriksen di dalam kesebelasan utamanya melalui formasi 3-4-1-2 bagi membo­lehkan pemain itu bertindak sebagai pemain tengah me­nyerang.

Bagaimanapun, Conte tidak berpuas hati dengan formasi berkenaan menyaksikan beliau kembali menggunakan formasi kegemarannya, 3-5-2 menyebabkan Eriksen gagal memberikan aksi terbaik dan tenggelam setiap kali diturun­kan.

Lebih memburukkan kea­daan, perpindahan Eriksen ke San Siro juga dikatakan bukan atas permintaan Conte sebaliknya ahli lembaga pengarah kelab berkenaan yang mahukannya beraksi bersama Inter.

Ketika ini, Inter sedang memburu khidmat Arturo Vidal sekali gus menyaksikan persaingan di bahagian te­ngah menjadi lebih sengit selain mereka sudah mempunyai Marcelo Brozovic, Nicolo Ba­rella dan Stefano Sensi.

Justeru, Inter dilaporkan bersedia mendengar sebarang tawaran daripada kelab yang berminat untuk mendapatkan Eriksen dengan syarat bidaan tersebut perlu bermula dengan €50 juta (RM245.74 juta).

Susulan itu, Spurs dikatakan berminat untuk membawa pulang semula bekas bintang mereka itu ke London biarpun Eriksen masih memiliki baki kontrak selama hampir empat tahun lagi di San Siro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI