fbpx

Pembalakan berupaya tambah populasi harimau belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Khalim menebang pokok kelapa sawit yang diterokai secara haram di HSK Ladang Serasa, Gua Musang hari ini.-FOTO ROSLIZA MOHAMED

GUA MUSANG – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan kegiatan pembalakan di negeri ini menyebabkan harimau belang keluar dari habitatnya sekali gus menjejaskan populasi haiwan buas itu.

Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata, kajian seorang pakar dari Sarawak mendapati perkara sebaliknya berlaku apabila populasi harimau berhampiran kawasan pembalakan didapati bertambah.

“Pembalakan sebenarnya mengakibatkan banyak pokok baharu tumbuh. Proses ini menarik haiwan kecil seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut. Haiwan-haiwan ini merupakan sumber makanan untuk harimau.

“Situasi ini sekali gus memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding dalam hutan tebal,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai, Ladang Serasa di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelbagai pihaknya yang mengaitkan kejadian beberapa ekor harimau berkeliaran di perkampungan Orang Asli di Pos Bihai di sini berpunca daripada kegiatan pembalakan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI