fbpx

Chelsea terus unggul kuasai derbi London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYECH (kanan) membuka tirai jaringan menerusi gol menarik ketika Chelsea menewaskan Spurs awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Chelsea menampilkan aksi agresif ketika menewaskan musuh setempat, Tottenham Hotspur 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan The Blues te­rus berada dalam kelompok tiga pasukan teratas biarpun sudah jauh ketinggalan de­ngan pendahulu liga, Manchester City menerusi perbezaan 10 mata.

Pada perlawanan itu, Chelsea meledak gol pembukaan menerusi jaringan menarik pemain sayap, Hakim Ziyech dari luar kotak penalti pada minit ke-47 sebelum Thiago Silva menggandakan kedudukan lapan minit kemudian.

Pengurus The Blues, Tho­mas Tuchel menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya apabila menampilkan aksi lebih baik pada separuh masa kedua, sekali gus dapat menjaringkan dua gol.

“Satu perlawanan yang sangat sukar tetapi kami te­lah bekerja keras sepanjang 90 minit permainan, jadi kami layak untuk menang. Bukannya mudah untuk cipta pe­luang tetapi kami tetap percaya pada diri sendiri.

“Saya fikir tidak perlu ba­nyak melakukan perubahan selepas waktu rehat, cuma kami perlu memperkemaskan permainan serta mengambil risiko. Saya gembira kerana usaha itu membuahkan hasil,” kata bekas pengendali Borussia Dortmund itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI