fbpx

Belanda sedia beri Guardiola peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mengakui berminat untuk membimbing pasukan kebangsaan selepas kontraknya bersama City berakhir musim depan. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mungkin mampu merealisasikan impian­nya untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan apabila Belanda bersedia memberikannya peluang.

Guardiola sebelum ini tanpa berselindung menyatakan keinginannya untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan selepas mengemudi beberapa pasukan seperti Barcelona, Bayern Munich dan City dengan meraih pelbagai kejayaan.

Perkembangan itu menyebabkan Persatuan Bola Sepak Belanda membuat persiapan untuk memberikan tawaran biarpun ia bukanlah dalam tempoh terdekat kerana Guardiola masih mempunyai kontrak selama 18 bulan lagi di Etihad.

Selain Belanda, Sepanyol juga dilaporkan tidak keberatan untuk memenuhi hajat Guardiola, malah sedia mengosongkan jawatan jurulatih semasa sekiranya pengurus itu membuat keputusan drastik untuk meninggalkan City.

Berita Guardiola ke Belanda dikuatkan lagi apabila abangnya, Pere yang merupakan ejennya turut mempunyai kaitan dengan SEG yang merupakan agensi bola sepak yang berpangkalan di negara itu.

Ketika ini, Belanda dibimbing oleh Louis Van Gaal yang kembali menjadi jurulatih buat kali ketiga menggantikan Frank De Boer ekoran kegagalan mereka dalam saingan Euro 2020 lalu.

Bagaimanapun, bekas pengurus Manchester United itu dilaporkan akan melepaskan jawatan berkenaan sebaik ber­akhirnya saingan Piala Dunia 2022 di Qatar hujung tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI