fbpx

Pengurus pemasaran ditahan seleweng hasil tandan kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi Alias

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus pemasaran berhubung kes penyalahgunaan kuasa membabitkan penyelewengan bayaran hasil buah tandan segar kelapa sawit berjumlah lebih RM85,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru di sini pada pukul 12.30 tengah hari selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek menyeleweng wang bayaran bagi hasil jualan buah tandan segar sawit untuk kepentingan diri pada 2018 hingga 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI