fbpx

Arteta akhirnya senaraikan Ozil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZIL diturunkan buat kali pertama di bawah bimbingan Arteta ketika Arsenal tewas kepada Villa kelmarin. – AFP

LONDON – Bintang buangan Arsenal, Mesut Ozil akhirnya mendapat minit permainan bersama pasukan itu selepas diturunkan beraksi dalam kekalahan 2-3 kepada Aston Villa pada aksi persahabatan di Stadium Emirates kelmarin.

Ia adalah perlawanan pertama Ozil, 32, di bawah kendalian Mikel Arteta selepas langsung tidak diturunkan sejak sai­ngan bola sepak kembali berlangsung akibat tertangguh di­sebabkan wabak Covid-19 pada Jun lalu.

Bekas pemain tengah Jerman itu dilihat gembira dengan situasi tersebut dan bersedia merebut tempatnya semula dalam skuad utama The Gunners sehingga kontraknya yang bernilai £350,000 (RM1.93 juta) seminggu tamat pada Jun 2021.

Perkara itu mendapat perhatian legenda Arsenal, Sol Campbell yang menggesa Arteta dan Ozil menyelesaikan masalah peribadi antara mereka supaya Arsenal akan mendapat manfaat daripada kelebihan dimiliki kedua-dua pihak.

“Ada sesuatu yang berlaku secara dalamannya dan semua orang mengetahui perkara ini. Mereka berdua perlu mencari jalan dan cuba menyelesaikannya kerana jika tidak, situasi ini akan kekal sebegini.

“Salah seorang antara mereka perlu mengalah. Tidak rugi sebenarnya kerana kadang-kadang orang yang mengalah ini akhirnya dia akan menang,” katanya.

Selain Ozil, Arteta turut memberi peluang kepada pembelian baru dari Chelsea, Willian membuat penampilan pertama dengan Arsenal dalam aksi yang menyaksikan Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menjaringkan dua gol buat pa­sukan itu.

Bagaimanapun, The Gunners terpaksa akur mengalami kekalahan pertama dalam aksi pramusim selepas melepaskan tiga gol kepada Villa menerusi dua jaringan Jacob Ramsey dan satu daripada Douglas Luiz.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI