fbpx

Warga emas 89 tahun mati dibelasah selepas difitnah pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Rush milik mangsa warga emas yang maut dibelasah sekumpulan penunggan motosikal. - Polis Jakarta Timur

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh penunggang motosikal yang menuduh mangsa mencuri kenderaan yang dinaikinya, lapor laman berita Coconut News semalam.

Kejadian di Jakarta Timur pada hujung minggu lalu itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram.

Berdasarkan satu paparan video, sekumpulan belia yang menunggang motosikal sedang mengejar mangsa yang memandu Toyota Rush sambil menjerit ‘pencuri’.

Kumpulan belia itu berjaya membuatkan mangsa memberhentikan kenderaan sebelum menariknya keluar, membelasah warga emas itu hingga mati dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Dua anggota polis yang mengikuti kejadian itu  tidak berdaya menyelamatkan mangsa daripada terus dibelasah.

Menerusi laporan polis, pihak berkuasa mengesahkan mangsa ialah pemilik sebenar kereta itu dan bukanlah seorang pencuri seperti yang didakwa.

“Kereta mangsa mungkin bergesel sedikit dengan motosikal salah seorang anggota kumpulan bermotosikal itu dan membuatkan mereka menjerit perkataan pencuri sebagai alasan untuk mengejar dan membelasah mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi.

Kini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti siapakah yang mencetuskan jeritan pencuri sehingga menyebabkan berlakunya insiden malang itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI