fbpx

KPM mohon tangguh pengosongan bangunan SK Assumption

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Assumption.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Pulau Pinang sehingga sesi persekolahan Penggal 3, 2021/2022 tamat pada Mac depan.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kementerian juga akan membantu memudah cara urusan kemasukan murid ke sekolah baharu pilihan ibu bapa bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.

Menurutnya, kementerian juga telah membuat ketetapan untuk menyuraikan murid dan guru ke sekolah lain yang berhampiran.

“Ketetapan ini diambil selepas mendapati trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun yang mana pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid seramai 53 orang.

“Terdapat sekolah berdekatan yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35 kilometer (km) hingga 5.8km,” katanya.

Katanya, penyuraian itu dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber melalui agihan semula 15 orang guru dan dua orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah lain.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI