fbpx

Mila Jirin taja majlis sanding Heliza, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mila menaja sepenuhnya majlis persandingan sahabat baiknya, Heliza dan suami Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Mila Jirin mengejutkan ramai pihak dengan menaja sepenuhnya majlis persandingan sahabat baiknya, Heliza Helmi dan suami, Mahadi Badrul Zaman pada malam Sabtu lalu.

Majlis persandingan meraikan dua mempelai itu diadakan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dengan tema ‘Malam Islamik’ sebagai simbolik persahabatan antara Mila dan Heliza yang mencecah 15 tahun.

Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi mendedahkan dia agak keberatan untuk menerima tajaan daripada rakan karibnya yang juga merupakan pemilik bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre, namun akur kerana Mila telah lama menyuarakan hajat itu.

“Mila memang berniat sekian lama jika saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.

“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’ lantas saya teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya, jadi saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila.

“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah menerusi Mila untuk diri ini serta membuka rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis, termasuklah rakan dan tenaga pengajar Akademi Fantasia 5 (AF5),” katanya.

Heliza dan Mila mula menjalinkan hubungan persahabatan ketika menyertai AF5 pada tahun 2007 dan terus menapak dalam dunia seni sebelum Mila mula fokus dalam perniagaan menguruskan majlis perkahwinan.

Terdahulu, Heliza membuka tirai tahun 2022 pada 1 Januari lalu dengan melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan berstatus jutawan, Mahadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI