fbpx

Minamino sudah mula temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO berjaya menjaringkan satu gol ketika Liverpool menewaskan Blackpool 7-2 pada aksi persahabatan kelmarin. – AFP

BLACKPOOL – Penyerang Li­verpool, Takumi Minamino dilihat semakin selesa dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan formasi 4-2-3-1 digunakan skuad juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sejak kebelaka­ngan ini.

Ia terbukti apabila Minamino, 25, berjaya mempamerkan pres­tasi cemerlang dengan menjaringkan satu gol dalam kemenangan bergaya 7-2 ke atas Blackpool dalam aksi persahabatan di Bloomfield Road kelmarin.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp berharap bintang Jepun itu dapat meneruskan momentum semasa menjelang perlawanan pembuka tirai saingan musim baharu EPL menentang Leeds United di Anfield pada Ahad ini.

“Ini yang saya mahu daripada Minamino dan saya harap dia mendapat keyakinan untuk terus beraksi cemerlang apabila sai­ngan EPL bermula nanti.

“Secara keseluruhan saya sa­ngat berpuas hati dengan pres­tasinya dalam beberapa aksi pramusim ketika ini. Dia bukan sahaja bagus secara individu tetapi sudah boleh bermain de­ngan baik sebagai satu pasukan.

“Saya tak kisah siapa yang menjaringkan gol kerana kemenangan pasukan lebih penting tetapi saya gembira jika Minamino berjaya melakukannya,” kata Klopp.

Liverpool ketinggalan dua gol kepada Blackpool melalui CJ Hamilton dan Jerry Yates sebelum merapatkan jurang kedudukan 1-2 menerusi Joel Matip sebelum tamat separuh masa pertama.

The Reds bangkit mempamerkan karakter sebenar dalam babak kedua apabila berjaya menjaringkan enam gol melalui Sadio Mane, Roberto Firmino, Harvey Elliott, Minamino, Divock Origi dan Sepp van den Berg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI