fbpx

Ketua Menteri Pulau Pinang kuarantin 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selama lima hari selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 ketika menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagaimana diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Kon Yeow perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri bermula semalam.

“JKNPP turut mengarahkan beliau menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu esok.

“Ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, JKNPP kini giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan.

“Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI