fbpx

Hwang Jung-eum failkan cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWANG JUNG-EUM

HANYA sempat bertahan selama empat tahun, mahligai rumah tangga yang dibina aktres Hwang Jung-eum bersama suaminya dilaporkan menemui noktah selepas dia memfailkan perceraian baru-baru ini.

Memetik laporan Allkpop, berita tersebut disahkan oleh agensinya, C-JeS Entertainment pada 3 September lalu menerusi satu kenyataan media.

“Memang benar Hwang Jung-eum telah menfailkan perceraian. Kami akan berusaha untuk memastikan kedua-dua belah pihak menyelesaikan kes ini secara baik.

“Kami juga memohon kerjasama semua menghormati privasi mereka. Kedua-dua pihak masih enggan berkongsi punca perceraian kepada umum,” ujar agensi.

Selepas berita perceraian Jung-eum diumumkan, perhatian peminat terarah kepada beberapa keping gambar yang dikongsikan aktres itu menerusi media sosialnya, tiga bulan lalu.
Jun lalu, pelakon drama Kill Me Heal itu berkongsi gambar kenangan bersama suaminya, Lee Young-don ketika berkunjung ke sekitar Namsan.

Peminat juga tidak percaya bahawa mereka dalam proses bercerai. Jung-eum dan Young-don berkahwin pada Februari 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI