fbpx

Penunggang motosikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LORI yang menggilis seorang penunggang motosikal yang maut dalam kejadian di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah hari ini.- Foto IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas digilis sebuah lori di Kilometer 57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, M. Sarasa, 50, dari Felda Trolak Utara maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Ipoh.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas.

“Mangsa kemudian terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori dari arah sama dipandu lelaki berusia 67 tahun tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI