fbpx

Pemandu, kelindan ditahan bawa 1kg syabu dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan plastik teh cina berisi dadah jenis syabu yang dirampas selepas menahan sebuah lori di tepi jalan Salor menghala ke Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis merampas satu kilogram dadah jenis syabu apabila menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki bersama kelindannya selepas mereka dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ di tepi jalan Salor menghala ke Pasir Mas di sini semalam.

Pemandu berusia 32 tahun dan kelindan 36 tahun itu ditahan dalam Op Tapis Khas Se-Malaysia pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, selepas lori itu ditahan, pemandunya telah menunjukkan bungkusan beg plastik teh cina yang diletakkan di bahagian tengah tempat duduk antara ruang pemandu dan penumpang hadapan kenderaan tersebut.

Menurutnya, polis terus memeriksa beg plastik itu sebelum menemui dadah jenis syabu seberat satu kilogram bernilai RM36,000.

“Hasil soal siasat mendapati, pemandu lori itu mengaku hanya mengambil upah sebagai ‘transporter’ membawa dadah tersebut.

“Berdasarkan keterangan lelaki itu, dia menerima bayaran sebanyak RM200 bagi setiap penghantaran dadah selepas mengambil bekalan daripada seorang lelaki yang tinggal di Peringat, Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu negatif dadah manakala kelindannya pula positif dadah jenis methamphetamine.

Ujarnya, berdasarkan pemeriksaan, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambahnya, polis kini sedang giat mengesan suspek utama yang menjalankan aktiviti tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI