fbpx

Jurujual kereta maut, Proton Preve bertembung lori lima tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Proton Preve dipandu mangsa remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 34, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh semalam. - Foto IHSAN PEMBACA

PASIR PUTEH – Seorang jurujual kereta maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori lima tan yang terbabas masuk ke laluannya di Kilometer 34, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat Kampung Bukit Abal di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 7.45 petang itu menyebabkan mangsa Mohd. Rozimi Daud, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Preve bersama seorang rakannya berusia 45 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Nissan yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dan kelindan berusia 21 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan lori tersebut bertembung dengan kereta yang dipandu mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala manakala rakannya mengalami sakit pinggang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ediansha, mayat mangsa dihantar ke unit Forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI