fbpx

Jambatan dipenuhi sampah, netizen persoal mana PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan sampah sarap yang memenuhi Jambatan Taman Ilmu, Sungai Kerian yang dikongsi di laman sosial.

PETALING JAYA – Kotor, menjijikan dan menyakitkan pemandangan.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat keadaan Jambatan Taman Ilmu, Sungai Kerian, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Nibong Tebal kini, kelihatan jambatan tersebut dipenuhi dengan sampah di bahu jalan.

Lebih menyedihkan, ‘keadaan’ itu berlarutan sehingga ke kawasan perkampungan berhampiran jambatan tersebut.

Dakwa pengguna jalan raya, sampah tersebut sudah lama terbiar di sekitar kawasan itu tanpa tindakan daripada mana-mana pihak.

Selain itu dakwa mereka lagi, keadaan sampah menjadi lebih teruk apabila haiwan liar seperti kera, lembu dan dan biawak mencari makanan di sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila klip video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.

“Jenis manusia tiada kesedaran sivik suka buang sampah merata-rata, inilah akibatnya bila ada otak tidak digunakan,” tulis Amran Ahmad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ayu Susilawati.

“Kotor, jijik dan sakit mata bila melalui kawasan ini, sudah lama keadaan ini, namun tiada sebarang pihak yang mengambil tindakan,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI