fbpx

Pastikan anak anda mengambil sarapan pagi setiap hari -KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ibu bapa dinasihatkan untuk lebih cakna tentang penjagaan makanan anak-anak terutamanya ketika waktu pagi.

Ini kerana pengambilan sarapan pagi bukan sahaja penting kepada pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak, tetapi juga untuk mereka kekal cergas dan aktif.

Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebooknya, sarapan penting kerana ia membekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari.

Jelas KKM, sarapan juga akan memastikan metabolisme anak-anak dalam tahap yang optimum.

“Sarapan juga boleh mengelakkan anak anda makan secara berlebihan dan menjadikan mereka cergas serta cerdas sepanjang hari.

“Selain itu, pengambilan sarapan pagi juga akan memastikan anak anda kekal fokus di dalam kelas,” kata KKM.

Nasihat KKM, pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi dan berikan anak-anak makanan yang berkhasiat mengikut saranan Pinggan Sihat Malaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI