fbpx

Tun Mahathir masih dirawat di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan telah berinteraksi bersama keluarganya.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Datin Marina Mahathir menerusi satu kenyataan hari ini.

“Bagi pihak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di dalam dan luar negara.

“Terima kasih kepada semua yang menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin serta orang ramai dari pelbagai agama yang mengirimkan doa dan ucapan agar Tun Mahathir cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Marina berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih.

Semalam, Kosmo! melaporkan Tun Mahathir yang dirawat sejak dua hari lepas lanjutan prosedur elektif yang dilaksanakan pada 8 Januari lalu berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI