fbpx

Perlu tukar seluar dalam selepas 50 kali basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar kesihatan menyarankan agar seluar dalam ditukar selepas dibasuh 50 kali atau sekurang-kurangnya setahun sekali. - Google

JAKARTA – Hayat penggunaan seluar dalam dilaporkan boleh membantu dalam penjagaan kesihatan bahagian alat sulit wanita, lapor Suara.com, semalam.

Menurut Profesor Klinik Mikrobiologi dan Patologi dari New York, Amerika Syarikat, tiada panduan jelas mengenai had penggunaan seluar dalam.

Namun begitu, beliau menyarankan agar seluar dalam yang terlalu usang atau sudah terkoyak untuk diganti baharu.

“Tiada bukti saintifik yang mengatakan seluar dalam yang buruk mendatangkan risiko kesihatan namun lebih baik sekiranya ia ditukar apabila sudah rosak,” katanya.

Jika mengikut had basuhan pakaian berasaskan kapas, mana-mana pakaian yang sudah dibasuh lebih 50 kali sudah perlu diganti.

Andai pengguna tidak sanggup mengira berapa kali seluar dalam sudah dibasuh, mereka boleh membuat penukaran berdasarkan had masa setahun bagi satu-satu pakaian. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI