fbpx

Karnival hiburan di tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan perkuburan ini dipenuhi dengan orang ramai yang melakukan aktiviti jual beli dan hiburan. - TikTok/gadisabahh

JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di laman TikTok Indonesia kerana memaparkan karnival jual beli dan hiburan di sebuah kawasan perkuburan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan rakaman video tersebut, sebuah kawasan perkuburan dipercayai di wilayah Jakarta Timur dipenuhi dengan orang ramai yang melakukan aktiviti jual beli dan hiburan.

Beberapa penjual dilihat membuka gerai makanan di tepi kubur dengan menjual juadah seperti bakso, telur gulung, roti bakar, bubur ayam dan makanan ringan.

Kanak-kanak turut memenuhi kawasan tersebut dengan bermain pelbagai permainan seperti buaian berpusing mini.

“Ya Allah, ini adalah kawasan perkuburan tetapi suasana sekarang seperti di taman permainan. Haiwan ternakan juga ada di sini,” kata perakam video tersebut ketika memaparkan rakaman dua ekor kambing.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Indonesia sememangnya lain dari lain. Negara lain kawasan perkuburannya sunyi dan seram, namun di Indonesia, kuburnya dipenuhi dengan aktiviti jual beli,” kata seorang netizen.

“Tiba-tiba mayat bangun dan terus membeli makanan,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI