fbpx

Luahan pembaca: Bahaya arak, ibu segala maksiat dalam masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARAK boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah sosial. - Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Arak merupakan ibu segala maksiat kerana mengundang bahaya seperti perlakuan jenayah, kerosakan masyarakat, perpecahan dan keganasan rumah tangga.

Kestabilan hidup manusia sama ada sebagai individu atau sebagai anggota masyarakat bergantung kepada kesempurnaan dan kekuatan akal.

Semua jenis minuman yang memabukkan akan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak faedah seperti mengakibatkan jiwa mereka menjadi lemah, dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci-membenci dan persengketaan dalam kalangan manusia, sehingga putus hubungan persaudaraan dan hilang rasa kasih sayang.

Lebih dahsyat lagi, kesan meminum arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan dan ihsan-Nya.

Islam bukan sahaja mengharamkan minum arak tetapi mendekatinya juga dilarang sama sekali kerana arak bukanlah budaya sihat dan memang patut dijauhi.

Arak merujuk kepada semua perkara yang memabukkan.

Dalam erti kata lain, semua benda yang memabukkan walau apa pun namanya, hukum meminumnya adalah sama dengan hukum arak iaitu haram.

Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran, akhirnya mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan hilang ingatan.

Ini merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol.

Kesan lain akibat mabuk adalah apa yang dikenal sebagai ‘hangover’.

Tanda-tanda ‘hangover’ alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama beberapa jam, bergantung kepada jumlah alkohol di dalam darah pada ketika itu.

Tanda ‘hangover’ akan hilang apabila semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan.

Ahmad Fadhlullah Hilmi Mohd. Fazilah
Ahli Jawatankuasa Unit Dakwah dan Program Bukan Islam (PEACE)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI