fbpx

‘Ini sahaja punca rezeki kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULAU Langkawi kembali meriah selepas pelaksanaan gelembung pelancongan September tahun lalu.

LANGKAWI – Kalangan pemain industri pelancongan di pulau peranginan ini resah selepas berlaku peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini selain kewujudan varian Omicron dalam negara.

Rata-rata mereka berharap penularan wabak itu dapat dikawal bagi mengelakkan kes terus me­ningkat seterusnya menyebabkan aktiviti pelancongan menjadi suram seperti sebelum ini.

Pemilik kedai menjual pakaian renang di Pantai Chenang di sini, Rahaizat Md. Saad, 50, berkata, dia tetap berhati-hati dengan mematuhi prosedur operasi (SOP) ditetapkan.

“Kita kena berhati-hatilah sebab 80 peratus penduduk Langkawi bergantung kepada industri pelancongan.

“Risau memang risau tetapi ini sahaja punca rezeki kami dan Langkawi tiada makna kalau tiada pelancong,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kebimbangan sama turut di­suarakan pemain industri pelancongan yang menawarkan khidmat sewaan kereta dan motor, Heng Yong Heng, 48.

Dia yang juga pengurus Pak Mat Mai Holiday Sdn. Bhd. berkata, semua pemain industri tidak mahu industri pelancongan di Langkawi ditutup lagi kerana tidak mahu menanggung kerugian.

“Sekarang ini kita tidak harap dapat untung besar pun, janji cukup makan sudahlah.

“Kalau terpaksa ditutup mungkin boleh hidup sebab ada simpan duit sedikit sejak September tetapi teruklah perniagaan kami,” ujarnya.

Berbeza pula bagi Azham Sa­riff, 36, yang me­rupakan pengurus Kiram Travel and Tour Sdn. Bhd. yang yakin bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilaksanakan sekali lagi.

“Kalau ada sekalipun PKP, kemungkinan besar orang ramai tidak akan ikut sebab mereka sudah tidak mampu nak tampung kehidupan sepanjang PKP.

“Mungkin orang akan mula merusuh dan memberontak ekoran pelaksanaan sekatan berkenaan,” ujarnya.

Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi dilancarkan pada 16 September tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI