fbpx

21 pelajar sekolah menengah di Melaka positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rais

MELAKA – Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini mula merekodkan kes pelajar yang dijangkiti Covid-19, sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, sehingga kini seramai 21 pelajar sekolah menengah disahkan positif Covid-19.

Katanya, mengikut pecahan, tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Arab (SMA) JAIM Darul Falah, Kuala Sungai Baru; SMA Assaiyidah Khadijah, Merlimau dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Mozac), Ayer Keroh masing-masing merekodkan satu kes.

“Dua buah sekolah yang lain, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam merekodkan seramai 12 kes dan SMK Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, enam kes.

“Pertambahan kes di lima buah sekolah ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster pendidikan di negeri ini mencecah 153 kes,” katanya pada sidang akhbar majlis sumbangan Tahun Baharu Cina kepada penduduk di Tanjung Minyak, di sini hari ini.

Tambahnya, sehingga semalam dua buah kolej vokasional yang sebelum ini dilaporkan mencetuskan kluster baharu turut merekodkan pertambahan kes iaitu 107 di Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil dan 25 kes di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin.

Mengulas lanjut, Rais berkata, daripada lima sekolah terlibat, hanya sebuah sahaja sekolah yang berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan jangkitan tersebut melibatkan kes sporadik.

“Hanya sekolah Mozac sahaja yang berasrama penuh, manakala empat lagi mempunyai pelajar yang menetap di asrama dan di luar (rumah masing-masing).

“Jadi, kes ini mungkin juga berpunca dari luar sekolah, kita masih mengkaji sama ada ia melibatkan kes sporadik,” katanya.

Jelasnya, SMK Agama Sultan Muhammad turut diarahkan ditutup sehingga 27 Januari ini bagi mengawal penularan kes, manakala empat buah sekolah beroperasi seperti biasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI