fbpx

Cuti 12,500 anggota bomba dibekukan sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (dua kanan) bergambar bersama warga pasukan Bomba pada Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan Keluarga Malaysia di IOI Mall Putrajaya hari ini. FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Cuti pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibekukan bermula 24 Januari sehingga 8 Februari depan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, ia membabitkan keseluruhan 12,500 pegawai dan anggota bomba membabitkan 324 balai di seluruh negara.

Katanya, menjelang Tahun Baharu Cina 1 Februari depan, JBPM akan menempatkan anggota dan aset dilokasi di 17 lokasi strategik di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur bermula 24 Januari sehingga 8 Februari depan.

“Selain melakukan rondaan di jalan-jalan persekutuan dan negeri, JBPM akan turut melakukan rondaan serta pemantauan di kawasan rekreasi air seperti air terjun, tempat perkelahan awam serta pantai yang sering menjadi tumpuan orang awam.

“Bagi tujuan ini, JBPM telah merancang dan menyelaras cuti yang mana kelulusan cuti hanya dihadkan kepada 20 peratus daripada keanggotaan negeri, zon dan balai di samping memastikan keperluan aset, peralatan pemadaman serta penyelamatan dalam keadaan siap siaga dan mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Keselamatan Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Ismail berkata, statistik JBPM menunjukkan pada tahun 2021, sebanyak 35,902 kes panggilan kebakaran telah diterima dan diambil tindakan, yang mana ia telah menyebabkan kerugian berjumlah RM1.76 bilion.

“Statistik kes penyelamatan dan kematian akibat lemas pula masih merekodkan bilangan yang tinggi saban tahun dan perkara ini amat membimbangkan semua pihak.

“Pada tahun 2021, mangsa meninggal akibat lemas adalah seramai 306 orang mencatatkan peningkatan sebanyak 28.06 peratus berbanding 2020,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI