fbpx

Amaran ribut petir di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah turut diramal mengalaminya.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Raub di Pahang.

“Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan di Seremban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak diramalkan di Limbang, manakala di Sabah di Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI