fbpx

Mekanik reda hilang punca rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOF bergambar bersama sembilan anaknya di kediaman mereka yang dilanda banjir di Taman Sri Indah, Cheras baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang mekanik yang mempunyai sembilan orang anak kini terpaksa bergantung kepada wang simpanannya demi kelangsungan hidup selepas mengalami kecelakaan di tempat kerja bulan lalu.

Yusof Ahmad, 59, berkata, dia mengalami patah kaki sewaktu bekerja selepas tergelincir di bengkel keretanya yang di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada awal Disember lalu.

Menurutnya, dia kini hanya bergerak menggunakan kerusi roda dan terpaksa menggunakan wang simpanan selain bergantung kepada pendapatan isteri­nya, Norlaily Paiman, 42, yang bekerja sambilan.

“Menurut doktor, kecederaan dialami ini menyebabkan saya tidak dapat bekerja sekurang-kurangnya beberapa bulan.

“Saya berharap kecederaan ini dapat sembuh segera bagi membolehkan saya keluar mencari rezeki,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Indah, Cheras baru-baru ini.

Menurut Yusof, kecederaan dialaminya itu berlaku dua minggu sebelum banjir melanda.

“Kami sempat menyelamatkan diri menggunakan kereta sebelum berkumpul di masjid berdekatan.

“Harta benda dan peralatan rumah banyak yang musnah akibat bencana ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana kesulitan dihadapinya itu mendapat perhatian ramai pihak.

“Saya bersyukur kerana ramai yang prihatin untuk meringankan beban yang dialami keluarga kami ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Maybank 162188461606 (Yusof Ahmad) atau menghubungi talian 019-668 1324.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI