fbpx

Tambahan peruntukan RM62 juta bantu pesawah atasi kenaikan harga racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Logo Sambutan 50 tahun Kada, 1972- 2022 di Ladang Merdeka,Jelor dekat Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta kepada pesawah yang terjejas akibat kenaikan harga racun bagi memulakan tanaman padi musim pertama tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr. Seri Ronald Kiandee berkata, peruntukan tambahan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 300,000 pesawah yang mengusahakan kira-kira 620,000 hektar kawasan padi di negara ini.

Menurutnya, bantuan kerajaan itu merupakan tambahan sebanyak RM100 kepada bantuan subsidi racun RM200 yang telah diterima pesawah sebelum ini.

“MAFI memberi peruntukan tambahan menjadikannya kepada RM300 untuk sehektar padi yang diusahakan hanya untuk pembelian racun sahaja kerana subsidi baja untuk tanaman itu masih lagi diteruskan.

“Pihak kementerian juga sentiasa mencari kaedah membantu pesawah meskipun berlaku kenaikan mendadak harga input pertanian di pasaran global,” katanya pada akhbar selepas Majlis Pelancaran Logo Sambutan 50 tahun Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada)1972- 2022 di Ladang Merdeka, Jelor di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI