fbpx

Alasan Dini Schatzman selalu berkepit dengan Janna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DINI mengakui kagum dan banyak belajar daripada kekasihnya, Janna Nick.

KUALA LUMPUR – Pelakon Dini Schatzmann enggan ambil pusing usikan segelintir pihak yang mendakwanya seperti tiada kerja apabila dilihat kerap berkepit dengan kekasiynya, Janna Nick.

Katanya, sebagai kekasih tidak salah menemani insan tersayang andai mempunyai masa terluang, apatah lagi mereka turut bekerjasama untuk projek terbaharu syarikat produksi milik aktres tersebut.

“Saya tak terasa pun kalau ada yang kurang senang tengok saya sering bersama Janna sebab saya memang jenis tak kisah. Tapi sebenarnya bukan selalu pun kami berjumpa.

“Itu kalau tiada kerja penggambaran atau komitmen lain memang saya banyak bersama dengannya untuk belajar teknik kamera. Janna lebih berpengalaman dalam tugasan belakang tabir, sedangkan saya masih bertatih.

“Jadi saya belajar daripadanya. Macam untuk telefilem London With Love terbitan syarikat produksi miliknya, saya diamanahkan sebagai pengarah fotografi. Dia sangat teliti, saya kena buat yang terbaik.

“Lagipun Janna kekasih hati saya, tak salah rasanya kami dilihat selalu bersama. Pada masa sama saya turut mempunyai kerjaya untuk diutamakan. Takkan semua kena tunjuk,” katanya kepada Kosmo! Online.

Baru kembali dari London bersama rombongan JN Studios & Entertainment, katanya amanah diberikan kekasihnya merangkap penerbit dan pengarah untuk telefilem syarikat tersebut membawa 1001 pengalaman.

Katanya, dia dan Janna profesional dalam bekerja dengan tidak mencampuradukkan hal peribadi, sekali gus melancarkan urusan penggambaran

“Hakikatnya dia sangat teliti, serius dan profesional dalam bab kerja tetapi di luar set Janna pasangan yang bertimbang rasa, lembut selain antara pendorong utama untuk saya fokus kepada kerja belakang tabir.

“Janna guru terbaik dan jujur dalam meluahkan pendapat. Dia tegur andai ada kesilapan. Kalau ambil kelas dengan orang lain, mungkin lambat lagi saya dapat ilmu untuk berani cabar diri buat tugasan DOP ini.

“Apa pun kami sama-sama bagi galakan untuk peningkatan kerjaya masing-masing. Macam hari ini dia tampil bersama rangkaian produk kecantikan baharu bawah jenama White Fluffy yang bertahun diusahakan.

“Begitupun, kepercayaan sebagai DOP bukan diberi Janna secara suka-suka, sebaliknya hanya selepas membuktikan kemampuan hasil kerja terdahulu,” kata pelakon Marry Me Senorita itu.

Malah dedah Dini lagi, secara tak langsung kesungguhan wanita dicintainya dalam merencana masa depan turut memberi impak terhadap semangatnya untuk turut berani meneroka pelbagai cabang seni.

Ditanya pula mengenai fasa masa depan berdua, jejaka berusia 27 tahun itu memaklumkan mereka sudah memperincikan perancangan tetapi belum tiba masa untuk dikongsikan.

“Kami banyak berbincang ke arah persediaan masa depan, cuma mungkin kedengaran agak klise, sebagai lelaki tentu saya ingin kukuhkan kerjaya serta kewangan dulu.

“Janna juga begitu memandangkan dia juga punya visi dan misi, namun kami cuma tahu masanya akan tiba tetapi bukan sekarang,” tambah pelakon berdarah campuran itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI