fbpx

Polis kesan lelaki kasari gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki mengasari gelandangan di Bukit Bintang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mengasari seorang gelandangan dalam satu kejadian sekitar Bukit Bintang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas individu tersebut.

“Ia susulan tular sebuah video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di akaun Facebook.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Polis juga ingin memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala LUmpur di talian 03-21159999,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki bertindak mengasari seorang gelandangan dengan menendang mangsa yang cuba menghalang lelaki terbabit daripada mengangkat kotak dan barangan yang diletakkan di laluan pejalan kaki.

Tindakan lelaki terbabit menerima kecaman orang ramai yang menganggap ia tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan gelandangan terbabit terduduk menahan kesakitan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI