fbpx

Persediaan bangsa usahawan tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM percuma anjuran RichWorks untuk membantu usahawan.

SHAH ALAM – Tanpa penjenamaan dan pemasaran yang betul, sukar buat sesebuah bisnes berkembang, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi mencabar ketika ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, pihaknya mahu menyediakan bangsa usahawan dalam dua aspek penting iaitu penjenamaan dan pemasaran.

“Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 akan dikendalikan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bagi memberi persediaan buat usahawan tahun ini.

“Ia lakukan secara virtual bagi memudahkan penyertaan sama ada dari dalam, mahupun di luar negara,” katanya.

Tambah Radz, program percuma itu turut membawakan trend terkini bagi membantu usahawan dari segi pemasaran dan penjenamaan bisnes mereka.

“Program ini akan diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Mac nanti,” jelasnya.

Keterangan lanjut boleh didapati di binabisnesberjaya.com atau imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI