fbpx

Restoran Hameediyah perkenal produk sedia dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahamed (dua, kiri) bergambar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada majlis pelancaran produk baharu baru-baru ini.

BAYAN LEPAS – Restoran tertua negara menurut Malaysia Book of Records (MBOR), Restoran Hameediyah memperkenalkan produk sedia dimakan untuk pe­langgan setianya.

Pengarah Urusannya, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukkor berkata, terdapat tiga hidangan ditawarkan iaitu rendang da­ging lembu, kambing mysore dan ayam kapitan yang merupakan menu popular di restoran ber­kenaan sejak ia mula dibuka 114 tahun dahulu.

“Produk ini sebenarnya telah mula dijual pada Februari tahun ini, namun ia dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos lalu sempena pembukaan cawangan baharu Restoran Hameediyah Sungai Ara.

“Ia hanya perlu dipanaskan sebelum boleh menikmati dan rasanya yang sama seperti di restoran kami,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Produk sedia dimakan Restoran Hameediyah dijual pada harga RM16 setiap satu.

Menurut Ahamed, setiap paket produk berkenaan dijual pada harga RM16 dan boleh didapati di semua lima cawangan Restoran Hameediyah.

“Setakat ini kami mempunyai tiga cawangan di Pulau Pinang dan dua di Kuala Lumpur.

“Produk ini dihasilkan menggunakan resipi turun-temurun bagi memastikan rasa dan kua­litinya sama dengan apa yang pelanggan makan di restoran kami,” katanya.

Tambahnya, Restoran Hameediyah mempunyai pasukan penyelidikan dan pembangunan sendiri bagi memastikan produk tersebut menepati cita rasa pelanggan.

“Kami merancang untuk memasarkan produk ini ke pasaran global memandangkan terdapat ramai pelanggan kami yang tinggal di luar negara.

“Tetapi buat masa ini kami hanya memfokuskan kepada pasaran tempatan sahaja memandangkan situasi Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Ahamed berkata, pihaknya merancang membuka beberapa lagi cawa­ngan di Pulau Pinang dalam tempoh masa terdekat.

“Permintaan pelanggan memang tinggi terutamanya untuk hidangan nasi beriani popular kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN