fbpx

Perbaharui azam dan komitmen anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN bersama RichWorks mahu bantu lebih ramai bangsa usahawan pada 2022 berbanding hampir 605,000 orang pada tahun lalu.

SAYA mulakan dengan rasa syukur kerana ruang masjid dan surau di di Selangor sudah boleh digunakan sepenuhnya bagi solat Jumaat.

Penting mulakan hari dengan rasa syukur untuk banyak perkara dalam hidup ini agar kita lebih positif dan bersemangat.

Ingat tak minggu lalu, saya kongsikan tentang kuasa menulis semula impian atau perkara yang ingin dicapai tahun baharu ini?

Jika dapat sesuatu, sudahkah anda tulis semula? Apa tunggu lagi, pejam celik sekejap sahaja sudah 23 hari tahun 2022 ini.

Masa tidak menunggu kita dan kali ini rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan dengan anda mengenai azam.

Azam tahun baharu

Kunci kata penting di sini ialah perbaharui atau renew. Azam yang ditetapkan pada tahun lalu, ada orang berjaya mencapainya dan ada pula yang belum kerana pelbagai perkara.

Sebab itu, bangsa usahawan perlu reset & restart dengan renew gerakan, tenaga dan komitmen masing-masing.

Sedih bila lihat ada sebahagian daripada kita ini setiap tahun tidak pernah gagal buat azam baharu tapi gagal komited dan buat tindakan untuk mencapainya.

Saya bersama RichWorks faham, sebahagian daripada kita berdepan pelbagai masalah termasuk musibah banjir yang dialami di beberapa negeri baru-baru ini.

Bayangkan rumah yang diduduki sehingga berbelas tahun dan ada juga rumah baharu siap dibina dinaiki air hingga ada yang musnah dihanyutkan banjir.

Ini merupakan masalah, namun kita perlu fokus bagaimana untuk menyelesaikannya.

Lihat semula apa yang relevan atau tidak dan gandakan usaha kepada perkara betul yang sudah dilakukan sebelum ini.

3 perangkap hidup usahawan

Mentaliti saat akhir, bertangguh atau procrastinate dan excusitis, iaitu banyak memberi alasan menjadi perangkap, malah racun kepada anda.

Berhenti daripada terus terperangkap dalam keadaan ini. Kalau anda dapat mula awal, kenapa mahu buat di saat akhir? Cuba berhenti sebentar dan tanya diri anda.

Tahukah anda, bila buat di saat akhir, ia boleh jadikan kita tak tenteram, tak tenang bahkan mudah marah yang pastinya beri kesan kepada perasaan orang lain.

Jadi, anda kena belajar untuk bekerja lebih kehadapan dari masa dan tetapkan sesuatu yang besar tanpa mengehadkan pemikiran agar tiada limited believe.

Sekarang waktu terbaik untuk kita merancang dan buat pelan sebelum lakukan tindakan.

Saya percaya dengan perancangan baik, tindakan kita akan lebih mantap untuk mencapai azam dan apa yang disasarkan.

Ini nasihat saya daripada pengalaman membimbing ribuan bisnes yang berjaya kepada anda, bangsa usahawan yang merupakan pemimpin buat diri dan pasukan.

4 nasihat buat usahawan

1. Jangan jadi pemimpin saat akhir.

2. Jangan jadi pemimpin bertangguh.

3. Jangan jadi pemimpin suka beralasan.

4. Mulakan dengan segera, buat terbaik dan sampai habis!

Pada tahun ini, saya bersama RichWorks mahu membantu lebih ramai orang khususnya bangsa usahawan yang serius mahu kembangkan bisnes mereka, jana pendapatan dan seterusnya mendapatkan kehidupan yang lebih baik, insya-Allah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI