fbpx

Liverpool enggan dibuai ‘mimpi indah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bakal turun menentang Palace dengan motivasi terbaik selepas melayakkan diri ke pentas final Piala Liga Inggeris apabila berjaya menewaskan Arsenal. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak mengharap­kan anak buahnya mampu meng­ulangi kemenangan 7-0 ke atas Crystal Palace seperti yang dilakukan pada aksi di tempat lawan pada Disember 2020.

Klopp menyifatkan kejayaan besar itu sebagai sesuatu yang tidak akan selalu berlaku terutama apabila Palace kini semakin stabil di bawah kendalian Patrick Vieira ketika mereka bakal berkunjung ke Selhurst Park malam ini.

“Ia mungkin hanya berlaku sekali sahaja. Buat masa sekarang, ia adalah sesuatu yang mustahil dan tidak akan terjadi.

“Mereka sudah pun berubah dan bertambah baik. Apa yang boleh saya katakan, mereka sebuah pasukan yang stabil cuma dari segi keputusan, mereka mungkin tidak bernasib baik,” kata Klopp.

Biarpun Liverpool masih kehilangan khidmat Mohamed Salah dan Sadio Mane yang kini beraksi di Piala Negara-Negara Afrika, mereka jelas berada pada motivasi terbaik selepas mara ke final Piala Liga Inggeris dengan menewaskan Arsenal, kelmarin.

Bagaimanapun, bekas pengurus Borussia Dortmund itu tidak mahu kejayaan itu mencetuskan impak negatif kepada pasukan sebaliknya perlu segera keluar daripada ‘mimpi indah’ untuk raih kejayaan ke atas Palace.

“Ketika ini kami berada dalam situasi terbaik, namun kami perlu cipta persekitaran berbeza kerana Palace tidak akan memberikan laluan mudah,” jelasnya.

Dalam masa sama, Klopp juga mengesahkan yang pemain tengah, Harvey Elliott yang terpaksa berehat hampir lima bulan mungkin kembali beraksi selepas rehat antarabangsa kali ini.

“Dia pemain yang bagus dan sudah pun berehat untuk tempoh lama dan kami tidak boleh tergesa-gesa. Dia kelihatan mampu bermain dan saya yakin dia akan bersedia untuk beraksi selepas rehat antarabangsa selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI