fbpx

87 jemaah umrah Indonesia positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah jemaah umrah beratur ketika memasuki Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten pada 8 Januari lalu. - ANTARA

JAKARTA – Seramai 87 jemaah umrah Indonesia disahkan positif Covid-19 selepas tiba di tanah air, lapor laman Suara.Com kelmarin.

10 daripada kumpulan jemaah yang berlepas ke  kota suci Mekah pada 8 Januari lalu itu dipercayai mendapat jangkitan varian Omicron.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata,  sampel darah 10 jemaah yang dikhuatiri membawa varian Omicron itu diambil untuk pemeriksaan lanjut.

Pengarah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Vektor dan Zoonotik memaklumkan bahawa jemaah umrah yang berlepas dari Indonesia adalah seramai 414 orang.

Selain mereka yang disahkan positif Covid-19 dan kemungkinan dijangkiti varian Omicron, majoriti jemaah umrah kumpulan pertama semasa pandemik Covid-19 itu diisytiharkan sihat.

Semua jemaah umrah yang berlepas baru-baru ini telah mengikut prosedur Polisi Satu Pintu (OGP).

Peruntukan OGP dibuat berdasarkan perjanjian antara negara untuk menggalakkan pematuhan protokol kesihatan di Indonesia dan Arab Saudi supaya ia dapat dipantau dengan lebih baik. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI