fbpx

Ramai tanya mana Syed Saddiq?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta yang hadir pada perhimpunan #TangkapAzamBaki hari ini.

PETALING JAYA – Perhimpunan aman #TangkapAzamBaki yang diadakan di kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar hari ini dilihat tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ia berikutan kehadiran golongan muda yang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dihukum selepas kontroversi yang berlaku ke atas dirinya.

Rata-rata golongan muda cukup lantang bersuara, antara ungkapan yang dilaungkan mereka adalah “tangkap Azam Baki” dan “undur Azam Baki”.

Tidak cukup dengan itu, beberapa sepanduk juga digunakan oleh peserta-peserta perhimpunan tersebut yang hanya dihadiri tidak sampai 200 orang.

Namun, yang menjadi perhatian adalah tentang ketidakhadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merangkap Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq dikatakan adalah diantara pemimpin golongan muda yang paling lantang bersuara dan memperjuangkan nasib golongan itu selama ini.

Ketika siaran langsung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang disiarkan di media sosial hari ini, rata-rata orang ramai menanyakan di mana bekas pendebat Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

“Tiada nampak pula Syed Saddiq ni, mungkin dia sibuk tak kena dengan tarikh dia ‘free’ hari ni. Kalau dia ada lagi lantang ni,” jelas PakcikAmran.

“Syed Saddiq tiada pula hari ni, sengaja tidak hadir atau dia tak sokong perhimpunan ini diadakan.

“Apa-apa pun orang yang didapati bersalah tetap perlu dihukum, tidak kira pangkat mahupun kedudukan,” jelas Abg Faizu. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI