fbpx

Penjaga stor rugi RM5,500 ditipu beli motosikal Yamaha 125Z

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

KUANTAN – Bukan sahaja hasrat memiliki sebuah motosikal Yamaha 125Z tidak kesampaian malah seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM5,500 selepas ditipu dalam urusan jualan motosikal melalui internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula kelmarin selepas mangsa melihat iklan jualan motosikal di Facabook ketika berada di rumahnya di Kampung SC Gambang di sini.

“Mangsa kemudiannya menghubungi seorang lelaki bernama Firdaus untuk bertanyakan harga dan cara pembayaran seterusnya mangsa bersetuju dengan harga RM5,500.

“Mangsa telah membuat pembayaran di mesin deposit tunai dengan dua kali transaksi namun selepas pembayaran dilakukan mangsa gagal menghubungi penjual berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berumur 22 tahun dan bekerja sebagai penjaga stor berasa ditipu dalam urusan penjualan motosikal tersebut datang ke balai polis untuk membuat laporan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang giat dilakukan bagi mengesan suspek.

“Modus operandi dalam kes ini ialah suspek menperdaya pengadu dalam urusan penjualan mosikal yang tidak wujud menyebabkan pengadu mengalami kerugian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI