fbpx

Mesyuarat UMNO Johor bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad mempengerusi Mesyuarat Umno Negeri di Pejabat Umno Negeri Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad membayangkan hari ini akan menjadi hari yang sibuk untuk beliau.

Hasni berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau hadir ke pekarangan bangunan ibu pejabat UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, di sini pada pukul 2 petang, tadi.

“It’s gonna be a busy day today,” ujarnya ringkas dengan memakai kemeja bercorak batik berwarna hijau.

Sementara itu, ketika disoal pemberita adakah beliau akan berkunjung ke istana untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, beliau hanya mengangguk kecil.

Mesyuarat UMNO negeri yang dikhabarkan akan membincangkan berkenaan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimulakan pada pukul 2.15 petang, sebentar tadi.

Mesyuarat yang dinanti-nantikan itu akan dipengerusikan Hasni dan turut melibatkan kesemua 26 Ketua UMNO Bahagian di Johor.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI