fbpx

Tiada pemimpin tertinggi parti sertai perhimpunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 200 peserta menyertai perhimpunan aman #TangkapAzamBaki hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok berharap suara peserta perhimpunan aman #TangkapAzamBaki didengari oleh pihak kerajaan.

Jelasnya, desakan rakyat yang mahukan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berundur dari agensi tersebut perlu diberi keutamaan.

“Saya harap pihak kerajaan dengar apa yang rakyat mahukan ketika ini, mereka turun hari ini tanpa paksaan. Ini suara mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, tiada kelibat kepimpinan tertinggi mana-mana parti politik lain dilihat dalam perhimpunan aman #TangkapAzamBaki yang sedang berlangsung ketika ini.

Namun difahamkan, peserta-peserta yang terlibat adalah terdiri daripada ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amanah, DAP serta Pejuang.

Sehingga kini, lebih 200 peserta dijangka terus berlegar-legar di sekitar Jalan Bangsar dan tidak akan bergerak ke Dataran Merdeka seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Perhimpunan aman ini juga dijangka tamat sekitar pukul 1.30 tengah hari nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI